Minyak Pelincir JTX

JTX1000 adalah minyak pelinciran sedia pakai dari siri produk automobil JTX di SHOM. Kelebihan minyak pelincir JTX terletak pada formula lapisan filem tribologi (TCF) dari USA yang dilesenkan hak pengedarannya khas melalui SHOM dan usahawan-usahawannya.
( JTX HOTLINE: 016-9089591 )

Formula khas tribologi dalam JTX menjangkau kemampuan minyak pelincir biasa walaupun tanpa penggunaan bahan kimia metal treatment.

Penggunaan tinggi bahan kimia secara tidak langsung boleh membentuk sludge dalam jangka masa panjang jika tidak melakukan proses "flushing" pada enjin. Oleh itu pengguna setia minyak pelincir JTX tidak perlu mencuci / flushing enjin.

Matlamat utama penciptaan minyak pelincir JTX adalah untuk MENGURANGKAN KOS dan MENGURANGKAN RISIKO kenderaan-kenderaan di Malaysia terutama untuk jangka masa panjang.

⇨ Ciri-ciri & Kelebihan Minyak JTX


( JTX HOTLINE: 016-9089591 )

#kNajib #BmbAcademy



# Menganggar Kilometer Penukaran Minyak Pelincir















Servis Penukaran Minyak Pelincir Enjin Kereta


Jika botol minyak pelincir tertera penukaran setiap 5000km, 7000km atau 10,000km itu adalah panduan umum. Namun mungkin anda perlu servis lebih awal bergantung kepada beberapa faktor.

Kebanyakan mekanik menyarankan penukaran minyak pelincir pada setiap 5,000 hingga 7,500km untuk memastikan enjin kekal dalam keadaan terbaik.

Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Tempoh Penukaran Minyak Pelincir

1. Cara Pemanduan
Pemanduan dalam trafik sesak atau Jarak jauh: Mengakibatkan enjin bekerja lebih keras.

2. Keadaan Cuaca
Cuaca panas terik: Boleh menyebabkan kualiti minyak merosot.

3. Jenis Minyak Pelincir
Minyak mineral: Lebih cepat rosak dan memerlukan penukaran lebih kerap.
Minyak sintetik: Lebih tahan dan boleh ikut saranan tertera pada botol jika prestasi pemanduan tidak merosot.

4. Keadaan Enjin
Enjin lama atau usang: Mungkin memerlukan penukaran minyak lebih kerap.
Enjin baru atau dalam keadaan baik: Boleh mengikut jadual penukaran standard.

5. Kualiti Minyak
Minyak berkualiti rendah: Cepat kehilangan keberkesanan.
Minyak berkualiti tinggi: Tahan lebih lama dan melindungi enjin dengan lebih baik.

Minyak JTX: Dengan formula Tribo Tech (Tribology) menjadikan preatasi minyak pelincir JTX lebih tahan lama. Walau bagaimanapun pengguna perlu ambil kira faktor-faktor lain seperti perubahan kelikatan minyak disebabkan kelebihan JTX mencuci sludge.

6. Kualiti Bahan Api
Bahan api berkualiti rendah: Menghasilkan lebih banyak kotoran yang boleh mencemari minyak pelincir.

7. Gaya Pemanduan
Pemanduan agresif: Seperti memecut dan membrek dengan kerap, mempercepatkan degradasi minyak.

8. Kualiti Penapis Minyak
Penapis minyak yang berkualiti: Membantu mengekalkan kebersihan minyak pelincir lebih lama.

Dengan memahami faktor-faktor ini, anda boleh membuat keputusan yang lebih baik mengenai bila perlu menukar minyak pelincir untuk memastikan enjin kereta anda berfungsi dengan optimum.

Sentiasa rujuk buku panduan kereta dan nasihat daripada mekanik untuk panduan yang tepat.

.


 Cara Memeriksa Keadaan Dalam Enjin Kereta

*****

JTX JTX1000 JTX5000


*Jika ada sebarang kemuskilan sila email ke knajib84@gmail.com. Saya akan menjawab apa yang terbaik semampu mungkin.