Plug bermagnet yang digantikan pada skru biasa yang dibuka keluar untuk mengeluarkan minyak hitam lama ketika kereta diselenggara.
Persoalannya - kenapa skru ini dicipta. Jelas sekali untuk menarik partikel / serbuk besi dari minyak hitam di dalam Oil Sump. Tetapi bukankah minyak hitam atau minyak pelincir fungsinya melincirkan permukaan besi di dalam enjin.
Realitinya - minyak pelincir melincirkan tetapi pergeseran tetap masih berlaku. Skru ini sememangnya membantu sebegitu juga Oil FIlter bermagnet atau Oil Filter yang boleh digunakan untuk jangka masa lebih panjang. Tetapi apa faedahnya kita membeli minyak yang melincirkan sekiranya pergeseran tetap berlaku, pelinciran tidak sepenuhnya melincirkan bahkan serbuk besi tetap terhasil. Ada apa pula dengan harga yang mahal dengan teknologi yang dikata-katakan?! Jika 3 tahun lamanya kereta kita bergerak berapa banyak pula serbuk besi yang terbuang?!
Kesimpulannya - belilah minyak pelincir yang berkualiti walaupun harganya sedikit mahal dan jadilah pengguna yang bijak. Sebiji enjin bukan murah harganya berbanding minyak pelincir yang berharga lebih sedikit. Saya percaya di luar sana masih ada minyak yg boleh mengelakkan penghasilan serbuk besi ataupun mungkin sedikit. Ditambah pula dengan hidup kita yang bekerja untuk membayar hutang pinjaman semata-mata (kebanyakan dari kita).
*Pergeseran dari pelinciran yang tidak bagus sebenarnya menghasilkan kerugian.
**Pergeseran menghasilkan haba tambahan pada enjin. Lebih banyak pergeseran + lebih laju pergeseran = lebih banyak haba tambahan terhasil.