E01 - Outline enjin dan sistem pelinciran. |
Di sebelah kanan post ini adalah satu contoh saluran minyak pelincir yang terdapat di dalam sebuah enjin.
Pemilihan minyak pelincir yang berkualiti sangat penting dan lebih penting lagi sekiranya penggunaan dan pemanduan lebih ekstrim. Penggunaan minyak berkualiti biasa juga adalah berisiko tinggi sekiranya penjagaan tempoh servis tidak diambil perhatian serius.
Antara risikonya ialah apabila saluran-saluran kecil ini tersumbat atau menjadi sempit disebabkan pembentukan sludge(daki hitam) di dalamnya.
Sebab Pelinciran Terhalang
Minyak yang kurang berkualiti cenderung berisiko bersifat asid serta mudah berlaku chemical reaction yang boleh membentuk sludge. Antara penyebab utama berlakunya proses tadi adalah seperti:
• Pemanduan pada tekanan ekstrim
(semasa cold cranking, pecutan secara melulu, bebanan berat and ketika keadaan suhu keadaan operasi enjin yang ekstrim)
• Formula minyak yang tidak sampai pada kualiti yang sepatutnya atau tidak mempunyai ciri perlindungan & kemampuan terbaik.
Kenapa Pentingnya Kelancaran Pelinciran Minyak
E02 - Gambar rajah sistem pelinciran di dalam enjin. |
Apabila minyak pelincir tidak dapat melalui saluran-saluran ini dengan lancar minyak pelincir tidak akan sampai kepada komponen-komponen penting yang memerlukan perlinciran tadi. Lebih berbahaya jika saluran-saluran tadi terus tersumbat.
Antara risiko-risiko berkaitan yang berlaku:
• Antara fungsi minyak pelincir yang mengalir di dalam enjin adalah - menyejukkan enjin dengan membawa haba keluar melalui minyak yang mengalir. Jika pengaliran minyak pelincir tidak baik maka berlakulah risiko untuk enjin menjadi lebih panas.
• Apabila minyak pelincir tidak sampai atau tiada pelinciran yang secukupnya pada komponen-komponen yang memerlukan pelinciran maka berlakulah hakisan besi yang sangat tinggi pada komponen di dalam enjin.
Akibatnya komponen terbabit akan haus, rosak, bengkok, patah atau seumpamanya.
Hakisan yang tinggi juga menghasilkan kepanasan sekaligus meningkatkan suhu enjin.
Kurangnya pelinciran sekaligus mengurangkan kelancaran pergerakan komponen-komponen dan menyebabkan enjin kehilangan kuasa dan lebih berat serta berlaku pembaziran bahan api.
E03 - Contoh komponen di dalam enjin dan sistem saliran pelinciran |
[pictures sources E01] http://mymiata.paladinmicro.com/
[pictures sources E02] http://media-1.web.britannica.com/
[pictures sources E03] http://www.pirate4x4.com/