Minyak Pelincir JTX

JTX1000 adalah minyak pelinciran sedia pakai dari siri produk automobil JTX di SHOM. Kelebihan minyak pelincir JTX terletak pada formula lapisan filem tribologi (TCF) dari USA yang dilesenkan hak pengedarannya khas melalui SHOM dan usahawan-usahawannya.
( JTX HOTLINE: 016-9089591 )

Formula khas tribologi dalam JTX menjangkau kemampuan minyak pelincir biasa walaupun tanpa penggunaan bahan kimia metal treatment.

Penggunaan tinggi bahan kimia secara tidak langsung boleh membentuk sludge dalam jangka masa panjang jika tidak melakukan proses "flushing" pada enjin. Oleh itu pengguna setia minyak pelincir JTX tidak perlu mencuci / flushing enjin.

Matlamat utama penciptaan minyak pelincir JTX adalah untuk MENGURANGKAN KOS dan MENGURANGKAN RISIKO kenderaan-kenderaan di Malaysia terutama untuk jangka masa panjang.

⇨ Ciri-ciri & Kelebihan Minyak JTX


( JTX HOTLINE: 016-9089591 )

#kNajib #BmbAcademy



# Cuaca Panas - Apa Perlu Kita Ambik Perhatian

Periksa Untuk Elak Kereta Rosak
Keadaan cuaca yang terlalu panas bolh memberi kesan kepada keadaan dan prestasi kenderaan kita.

Macam Mana? Jom kita tengok satu persatu. Semog info ini dapat membantu anda semasa memeriksa kenderaan.

1. KEADAAN TAYAR
Panas boleh menyebabkan peningkatan tekanan angin dalam tayar dan boleh menyebabkan tayar pecah. Pastikan tayar diisi dengan betul mengikut cadangan pengeluar. Tidak terlalu keras.

Keadaan jalan yang panas juga boleh menyebabkan bunga tayar cepat haus lagi-lagi jika kita kerap dan lasak memandu.


2. COOLANT
Pastikan tahap coolant mencukupi untuk mencegah enjin dari terlalu panas. Pertimbangkan untuk gantikan coolant dalam siatem jika sudah lama.


3. PENYEJUK UDARA
Periksa sistem AC anda untuk kebocoran, tersumbat atau jika tahap gas yang rendah. Penyejukan yang betul di dalam kereta adalah penting untuk keselesaan dan fokus semasa memandu.


4. MINYAK ENJIN 
Panas boleh lebih cepat memendekkan jangka hayat minyak, jadi pastikan tahap minyak mencukupi. Pertimbangkan juga untuk tukar jika minyak terlampau cair atau terlampau berkeladak.

Penggunaan JTX dapat mengurangkan risiko dan kos jika berlaku sesuatu. Apa-apa pun sila pertimbangkan jika ia perlu ditukar.


5. BATERI 
Suhu tinggi boleh mempercepatkan tindakbalas bendalir bateri dan juga boleh menyebabkan kerosakan bateri. Periksa terminal bateri jika karat atau kembung dan pastikan ia dipasang dengan kukuh.

Ada juga yang mengatakan suhu panas ekstream boleh memendekkan usia bateri.


6. BREK 
Panas boleh mempengaruhi prestasi brek, jadi periksa brek dan tahap minyak brek secara berkala. Gantikan brek yang haus dan flush sistem brek jika perlu.


7. ELAKKAN PEMANASAN BERLEBIHAN 
Jika kenderaan anda mula terlalu panas, berhenti dengan selamat, matikan enjin, dan biarkan ia sejuk sebelum meneruskan perjalanan. Mengabaikan pemanasan berlebihan boleh menyebabkan kerosakan enjin yang teruk.

Kenderaan moden sekarang ada sistem yang mematikan enjin jika mencapai tahap kepanasan enjin yang melampau. Walaubagaimana pun silalah kita lebih berjaga-jaga jika sistem bermasalah.


8. MENJAGA KEHIDRATAN 
Bukan sahaja kenderaan anda yang memerlukan hidrasi - anda juga! Kepada yang berpuasa pastikan kerap minum air antara selepas berbuka dan sebelum habis waktu sahur untuk kekal terhidrat di siang hari semasa memandu jarak jauh.


InsyaAllah, semoga dengan adanya tips ini sedikit seanya kita dapat memastikan kenderaan kita berfungsi dengan baik dan dapat menjaga keselamatan kita semasa musim cuaca panas.

.

*****

JTX JTX1000 JTX5000


*Jika ada sebarang kemuskilan sila email ke knajib84@gmail.com. Saya akan menjawab apa yang terbaik semampu mungkin.