Minyak Pelincir JTX

JTX1000 adalah minyak pelinciran sedia pakai dari siri produk automobil JTX di SHOM. Kelebihan minyak pelincir JTX terletak pada formula lapisan filem tribologi (TCF) dari USA yang dilesenkan hak pengedarannya khas melalui SHOM dan usahawan-usahawannya.
( JTX HOTLINE: 016-9089591 )

Formula khas tribologi dalam JTX menjangkau kemampuan minyak pelincir biasa walaupun tanpa penggunaan bahan kimia metal treatment.

Penggunaan tinggi bahan kimia secara tidak langsung boleh membentuk sludge dalam jangka masa panjang jika tidak melakukan proses "flushing" pada enjin. Oleh itu pengguna setia minyak pelincir JTX tidak perlu mencuci / flushing enjin.

Matlamat utama penciptaan minyak pelincir JTX adalah untuk MENGURANGKAN KOS dan MENGURANGKAN RISIKO kenderaan-kenderaan di Malaysia terutama untuk jangka masa panjang.

⇨ Ciri-ciri & Kelebihan Minyak JTX


( JTX HOTLINE: 016-9089591 )

#kNajib #BmbAcademy



# Banjir - Air Masuk Enjin

Musim hujan sudah tiba dengan keadaan cuaca yang tidak menentu dan tidak terduga. Banjir kilat sering berlaku dan ia datang dalam sekelip mata tanpa kita jangka.

Bersedialah sekarang dengan ilmu. Kita perlu tahu bagaimana air boleh masuk dan merosakkan enjin supaya kita boleh mengawal risiko dengan mengambil tindakan yang wajar.


Bagaimana Air Masuk Ke Dalam Enjin?

Kemungkinan air masuk ke dalam enjin kereta semasa terpaksa meredah banjir bergantung pada kedalaman air dan reka bentuk kenderaan. Berikut antara cara bagaimana air masuk ke dalam enjin:

1. Melalui Sistem 'Air Intake'
(tempat masuk ke kotak penapis udara)
Lubang muncung Air Intake biasanya terletak di bahagian atas hadapan atau sisi enjin. Jika paras air naik melebihi lubang Air Intake, air boleh tesedut ke dalam enjin, menyebabkan hydrolock (keadaan di mana air dalam silinder menghalang enjin daripada berputar).

2 Melalui Sistem Ekzos
Jika paip ekzos tenggelam dan enjin berhenti, air boleh mengalir masuk ke dalam enjin. Namun, selagi enjin masih hidup, tekanan ekzos biasanya menghalang kemasukan air.

3. Melalui Dipstick
Dipstick longgar, tidak terletak dengan baik dan air boleh masuk melalui celahan. Selain itu tekanan atau arus air banjir boleh beri tekanan sedikit sebanyak ke dalam enjin melalui lubang dipstick. Kebarangkalian juga kesan sedutan ketika enjin beroperasi atau sedikit vakum enjin boleh menarik air di keliling lubang dipstick masuk ke dalam.


Apa Berlaku Apabila Air Masuk ke Dalam Enjin?

Hydrolock: Air masuk ke ruang pembakaran dan menyebabkan kerosakan serius pada enjin. Rod penyambung bengkok dan piston retak boleh terjadi.

Minyak Enjin Kotor: Air dan minyak bercampur. Pelinciran berkurangan dan boleh merosakkan komponen dalaman.

Penggunaan minyak pelincir JTX mampu meningkatkan perlindungan permukaan enjin dari air dan mengekalkan pelinciran. Banyak risiko dan kos dapat dikurangkan jika berlaku kemasukan air yang tidak dapat dielakkan.



Keselamatan Enjin Ketika Parkir

1. Tutup Saluran Udara Masuk (Air Intake) dan Lubang Ekzos
- Tutup saluran udara masuk dengan bahan kalis air seperti plastik atau pita pelekat.
- Tutup paip ekzos dengan bahan seperti bola getah atau kain yang dibungkus plastik untuk mengelakkan air masuk ke dalam enjin.

2. Parkir Tempat Yang Tinggi
- Sediakan tempat parkir kereta yang lebih tinggi daripada kawasan persekitaran atau bawa kereta anda ke tempat yang lebih tinggi sebelum banjir berlaku bagi mengelakkan kenderaan anda dimasuki air.
- Tambat kereta pada sesuatu yang teguh bagi mengelakkan kereta dari dihanyutkan jika banjir terlampau tinggi.

3. Periksa Saluran Saliran Air
- Pastikan saluran saliran air di bahagian enjin tidak tersumbat.
- Bersihkan kotoran atau daun yang mungkin menghalang air keluar.

4. Gunakan Penutup Kalis Air
- Tutup bonet dan ruang enjin dengan tarpaulin atau kain kalis air untuk mengurangkan risiko air masuk.

5. Jangan Hidupkan Enjin
- Elakkan menghidupkan enjin jika air banjir telah sampai ke kereta, kerana ini boleh menyebabkan kerosakan serius pada enjin.

Langkah-langkah ini dapat membantu mengurangkan risiko kerosakan enjin akibat banjir. Sentiasa utamakan keselamatan diri dan patuhi arahan pihak berkuasa untuk berpindah jika diperlukan.



Keselamatan Enjin Ketika Memandu

- Elakkan memandu melalui air yang lebih dalam daripada separuh ketinggian tayar. Pilih laluan yang tinggi dan selamat.

- Jika terpaksa kekal pandu pada gear rendah. Gunakan gear 1 untuk kenderaan manual dan D2 atau L untuk kenderaan auto. Kekalkan gear rendah tersebut sepanjang anda memandu dalam air banjir.

- Hadkan kelajuan antara 5 hingga 20km/j untuk mengelakkan gelombang air. Pastikan ada jarak antara kenderaan di hadapan. Bergerak dalam satu laluan lebih selamat supaya kenderaan di hadapan boleh menolak air ke tepi dan membuat laluan untuk kereta di belakang.

- Pasang snorkel jika anda tinggal di kawasan yang mudah banjir dan kerap menghadapi jalan yang dipenuhi air.

- Jangan cuba hidupkan semula enjin yang mati apabila enjin kenderaan mati di kawasan banjir, ia adalah petanda bahawa air mungkin telah masuk ke dalam enjin atau sistem elektrik. Tindakan menghidupkan semula enjin boleh menyebabkan kerosakan dalaman yang serius termasuk hydrostatic lock, di mana piston dalam enjin rosak akibat tekanan air.



PERHATIAN: Faktor Penting

Kedalaman Air: Tidak mustahil air sedalam 6-8 inci juga boleh membahayakan jika bergerak laju, inikan pula air yang lebih dalam secara signifikan meningkatkan risiko enjin dimasuki air.

Reka Bentuk Kenderaan: SUV dan trak dengan 'Air Intake' yang tinggi (atau snorkel) kurang terdedah kepada risiko ini berbanding kereta sedan dengan posisi Air Intake yang rendah.

Jika anda perlukan tips selain enjin berkaitan banjir dan kereta, anda boleh ke web Careta. Antara info berkaitan:
  • Cara pastikan kedalaman air banjir.
  • Pandu dengan perlahan.
  • Guna gear rendah.
  • Risiko ikut orang hadapan.
  • Uji brek kereta.
  • Cara periksa minyak enjin dan kotak gear.

.





[picture sources] 
https://careta.my/sites/default/files/styles/full_image/public/2018-12/Banjir%202018-1.jpg?itok=MuTpqT7h
https://images.topgear.com.ph/topgear/images/news/0_2016/06/24/snorkel_install/installing_snorkel_fb.jpg

*****

JTX JTX1000 JTX5000


*Jika ada sebarang kemuskilan sila email ke knajib84@gmail.com. Saya akan menjawab apa yang terbaik semampu mungkin.